Pendebungaan adalah penting dalam pembiakan tumbuhan. Pendebungaan adalah pemindahan debunga (bunga jantan) kepada bunga betina. Bunga yang disenyawakan kemudiannya menghasilkan buah.
Agen Pendebungaan Pokok Sawit
Agen pendebungaan utama pokok sawit adalah kumbang Elaeidobius kamerunicus.Saiz sebenar kumbang ini adalah lebih kurang 4mm panjang.
Ia dibawa dari Afrika Barat pada tahun 1981.
Pendebungaan adalah pemindahan debunga (bunga jantan) kepada bunga betina. Kumbang jantan yang membantu persenyawaan bunga betina sawit. Bunga betina mengeluarkan bau seakan sarsi untuk menarik kumbang-kumbang yang membawa debunga pada badannya.
Video memaparkan berkenaan proses pendebungaan.